Best view in Mozilla Firefox

Dan jangan lah kamu seperti orang yang lupe kapada allah,lalu allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. (surah Al-Hasyr:19)

Khamis, 26 April 2012

dialah orang yang aku cintai :)

asalamualaikum wahai orang yang ku kasihi...mungkin aku tidak dapat meluah kan apa yang dihajat oleh hati...hati berkata iya tapi jiwa menghalang nya...apakah yang terjadi pada diri ini setelah sekian lama di tinggal kan sahabat yang di kasihi...seorang sahabat yang dirindu lebih penting dari seorang suami yang kite rindu..kerana sahabat adalah teman kite...teman kita ketawa kita berduka kite menangis dan kita meluah kan segala-gala nya..walaupown beribu sahabat tapi kite hanya memilih yang setia untuk kite berkongsi rasia...mari ikut kisah di bawah ini... kisah berkenanan seorang sahabat yang setia :-

pada tahun 2010:saat pertemuan


pertemuan seorang sahabat yang tidak jangke..pada mule nya dianggap sahabat yang sama seperti semua orang..tapi rupa rupa nya..dia lah sahabat sejati..dia memberi semangat dia memberi dorongan..owh sapa yang tak nampak rugi lah dia...kadang-kadang kami gelak sama sama..kami gaduh sama sama..kami nangis sama sama..yang lebih romantik lagi kami main lari lari sama sama...masing masing pernah meluah kan perasaan tapi rupa rupa nya masing masing mempunyai hati owh my god..mase tu dunia mcm tak de orang lain yang punya..mcm kite je..org kata cinta sesama jantina itu gay and lesbian..tapi bagi kami itu lah ukhwah..sangat manis waktu tu..sampai nampak lelaki handsome pown sanggup tutup mata sbb bertape sayang nya kite kat ukhwah kite...mase tu lah kenangan yang terindah...


pada tahun 2011:saat perubahan..

 

pada tahun ini engkau berubah,sangat-sangat berubah..setelah kematian nenek yang engkau cintai..engkau terlalu membisu...jika aku berkata dengan mu engkau cuma akan jawab sepatah kata sahaja...engkau tak seperti dulu...adakala aku terdetik untuk mendekati mu..aku bertanya kepada mu "Apakah yang berlaku pada kau??engkau tahu yang engkau kena terima semua ini dengan redha dan pasrah??" kemudian engkau berkata pada diriku "engkau tidak mengerti apa yang berlaku..aku mencintai nenek ku..dikala aku duka aku cuma ada dia....dikala aku gembira dia ketawa bersama..dia seperti pembangkit semangat ku..dia menguat kan diri ku..ketika aku sakit dia menjaga diri ku..aku bagaikan mutiara yang amat bernilai bagi nya...ketika aku pening dengan masalah tentang hidup dia mendekati ku..dia sering memberi nasihat kepada ku..dia tidak pernah penat melayan kerenah ku,dia sentiasa berharap aku sentiasa berada disamping nya...ketika doktor memberi tahu dia,penyakit yang aku hadapi aku perlu menghadapi pembedahan dan risiko yang terlalu besar dia terus menolaknya dgn bermati matian ..ketika dia mengetahui aku akan dipisah dgn dia...dia terus bersedih dan berusaha untuk aku sentiasa menemaninya..dia sentiasa takut seandainya aku yang pergi dahulu bukan dia..dia sentiasa memberi tahu aku bahawa yang dia amat mencintai aku...walaupown 1000 lelaki mendekati aku dia sanggup menjaga ku demi maruah ku...dia lah orang yang aku cinta walaupown 1000 lelaki yang aku suka dia lah wanita yang tabah menghadapi hidup ini..walaupown sring di timpa ujian die tetap redha dan pasrah atas ujian tuhan...aku sangat kagum dan aku mencintai nya sepeuh hati ku kerana dia lah insan yang ada di dalam hati ku.." sambil menangis teresak esak aku mendekati sahabat aku...aku mengankat wajah nya yang tertunduk aku melihat wajah dan lutut nya basah di penuhi dengan air mata yang sekian lama di pendam...aku mengelap air mata itu sambil menjatuh kan air mata ku...baru aku faham mengapa dia bersikap membisu seperti itu...tapi bagi ku masalah yang di timpa diri nya boleh pergi bila bila waktu yang dia mahu..bagaimana dengan diri ku???

selepas aku memberi beberapa nasihat baru lah dia sedar seorang manusia yang dicipta dari tanah akan di kembalikan kepada tanah jua...semakin hari semakin dia ketawa dan tersenyum seperti dulu aku gembira kerana dapat melihat wajah nya yang manis memberi senyuman yang sejuta bermakna bagi diri ku ;)

tahun 2012:tragedi yang pahit harus aku tempuhi:-


Tahun demi tahun hari semakin hari...aku baru lepas menghabis kelas terakhir di sekolah..jiwa ingin pulnag bertemu dengan keluarga amat besar..tapi..harapan aku tipis untuk bertemu dengan keluarga kerana aku terlibat dalam sebuah kemalangan antara lorry dan bas sekolah...doktor mengatakan aku kehilangan bayak darah...hidup aku akan lumpuh sepanjang aku hidup...aku koma dalam masa seminggu, kawan-kawan yang lain ada yang sudah dikebumikan ade yang cedera ringgan dan ade yang blom sedarkan diri...aku bersyukur kerana aku masih dapat melihat nikmat bumi...tapi kadangkala aku merasa nikmat bumi yang aku rasai akan musnah satu hari nnt...Doktor mengatakan harapan aku tepis untuk hidup...walau bagaimana pown aku tetap berjuang kerana aku yakin REZEKI,JODOH ,AJAL DAN MAUT hanya di tanggan tuhan...siang malam aku berdoa...terdetik pada hati ingin menulis sesuatu..aku mencapai sehelai kertas berwarna biru cair ku capai pen berwarna hitam kemudian aku mula kan warkah ku ini:-


duhai sahabat yang kucintai demi hidupku,
setelah sekian lama engakau bersepi,
akhirnya aku dapat melihat engkau ketawa kembali,
bagi ku seyumanmu ibarat 10000 bidadari di syurga,
aku bersyukur kerana aku dapat melihat engkau terseyum sebelum aku pergi,
kini tibalah masa nya untuk aku dijemput menghadap ilahi..
aku tahu Allah merindui ku,aku juga amat merindui Allah..
sebelum itu aku titip kan warkah ini hanya untuk mu,
inilah kenangan kite bersama,warkah terakhir ini hanya untuk mu..
sebelum aku pergi,aku ingin melihat senyuman yang terakhir diwajah mu kerana
AKU AMAT MENCINTAIMU KERANA ALLAH....

warkah terakhir sahabat mu :  sahabat yang dicintai sampai syurga..

kemudian aku melutupkan mata dengan perlahan...

apakah yang akan berlaku pada sahabat ku pada tahun 2013????semoga engkau bahagia kerana aku amat mencintaimu...terima kasih sahabat kerana berada di sisi ku :) <3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1009/1009300rsetro2tmi.gif
 
(: Hak Milik Haziqah Alya Azmi :)